Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

Bagaimana untuk mengitar semula sisa makanan anda???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan berkongsi maklumat bagaimana cara untuk mengitar semula sisa makanan ini dirumah, bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah untuk mengitar semula sisa makanan adalah seperti di bawah:

 (Gambar : BioCatalyst dan BioKitchen Container)

 (Gambar sisa makanan...jangan buang ia boleh dikitar semula :p)

 
KAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

BAHAN /RADAS:
BIOKITCHEN CONTAINER, BIOCATALYST, Sisa Makanan

KAEDAH:

1. Kecilkan saiz sisa makanan untuk memudahkan proses fermentasi.
2. Taburkan BIOCATALYST pada dasar BIOKITCHEN CONTAINER.
3. Masukkan sisa-sisa makanan dan taburkan BIOCATALYST lapisan demi lapisan. (1 kg sisa makanan memerlukan 100 g BIOCATALYST)
4. Tekan campuran sisa buangan dengan pemadat untuk membuang udara.
5. Ulang kaedah 3 dan 4 sehingga penuh dan pastikan BIOKITCHEN CONTAINER sentiasa    ditutup.
6. Setelah penuh, biarkan selama 7 hari untuk proses fementasi sepenuhnya.
7. Cecair bewarna perang akan terhasil dan boleh dikeluarkan pada hari ke 8.
8. Pada hari ke 8, sisa pepejal telah sedia menjadi kompos.

PERHATIAN:
Proses fermentasi yang sempurna akan menghasilkan bau masam manis.

   
Gambar di bawah ini menunjukkan kaedah secara ringkas untuk mengitar semula sisa makanan harian anda...:p




(Hasil : Sisa Pepejal & Cecair)

1) Sisa Pepejal
Sisa Pepejal boleh digunakan sebagai baja Kompos untuk tanaman sayuran dan tanaman hiasan.

2) Cecair
Disembur pada beberapa kawasan yang sesuai untuk kediaman:
  • Tangki septik
  •  Longkang yang berbau
  • Sinki / tandas yang tersumbat
  • Timbunan sampah

FAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

· Kos yang rendah dan jimat
· Menjana kehidupan sihat
· Mudah dilakukan dan menjimatkan masa
· Menanam pokok dan menghasilkan baja buatan sendiri
· Mengurangkan sisa buangan terkumpul.
· Mengurangkan pencemaran bau
· Selamat kepada manusia, haiwan dan hidupan.
· Memulihara ekosistem secara semulajadi.
· Mengurangkan penggunaan kawasan untuk pelupusan sampah



Khamis, 17 Februari 2011

NAK KOMPOS ATAU TAK NAK???


 
Persoalan in perlu difikirkan oleh penghuni rumah. Bagaimana anda boleh menjadi lebih bertanggungjawab mengenai bahan yang dihantar ke tempat pelupusan dari kediaman anda.

MyBioSense adalah tempat mencari kaedah, fakta dan bagaimana penghuni rumah untuk membuat kompos. Beberapa maklumat boleh dikumpulkan untuk anda membiasakan diri dengan proses membuat kompos, dimana anda boleh mengurangkan sisa dan menemui `black gold’- bahan yang sangat bagus untuk pencinta kebun.

Jika anda berpengalaman membuat kompos, anggaplah MyBiosense ini tempat berkongsi pengalaman kaedah membuat kompos dengan baik.


To Compost or Not to Compost
 
That is the question every householder should think about. How can you be more responsible about the materials that go to the landfill from your residence?

 This is the place to find methods, facts and how to's on household composting. A collection of pages to get you started or familiarize yourself with the process, so you can reduce your waste and discover the "black gold" of the gardener's arsenal.

 If you are an experienced compost maker consider sharing your experiences and make a fun lens telling us about your know how on composting.

Selasa, 1 Februari 2011

Kitar Semula Sisa Makanan Anda Di Rumah...






Kitar semula sisa makanan dirumah boleh dilakukan kerana 45% daripada sampah sarap yang kita hasilkan adalah terdiri dari sisa makanan.

Makan adalah subjek utama rakyat negara ini ia dimulakan dengan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan ada juga makan larut malam atau ‘supper’.  Tidak kira apa juga agenda, mesti ada makanan terhidang; mesyuarat, majlis pertemuan dan perpisahan, perjumpaan untuk bisnes, perkahwinan, perayaan dan lain-lain.  
 
Berapa banyak makanan yang kita makan setiap hari dan berapa banyak pula sisa makanan yang kita buang dalam tong sampah? Persoalan ini jarang kita fikirkan.  Sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah tadi akan dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan.  Jumlah sisa makanan yang banyak telah menyebabkan tapak pelupusan cepat penuh dan berbau busuk.  Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuka tapak pelupusan baru dan ini menelan belanja yang besar.

Secara kasarnya, sampah dihasilkan dan perlu dilupuskan.  Masyarakat menganggap dengan membuang sampah yang dihasilkan ke dalam tong sampah, mereka telah menyelesaikan masalah alam sekitar.  Ini ternyata tidak benar kerana sampah tadi terus wujud di tapak pelupusan sampah dan menjadi punca kepada pelbagai masalah alam sekitar yang lain.

Proses kitar semula sisa makanan ini lebih dikenali sebagai Kitchen Composting dimana sisa makanan akan diproses menjadi kompos.  Sisa makanan seperti lebihan nasi lemak, kulit pisang, sayur-sayuran dan sebagainya boleh dikitar semula dari rumah. 

Kitchen Composting bukan sahaja membantu mengurangkan beban tapak pelupusan malah membantu menyuburkan tanah melalui kompos yang dihasilkan.  Bagi mereka yang memilih berkebun sebagai hobi, tidak kira berkebun bunga ataupun sayuran, kompos yang dihasilkan dari sisa makanan tadi boleh digunakan sebagai baja organik atau soil conditioner untuk tanaman mereka.  Dengan Kitchen Composting, hobi anda kini bukan sekadar mengisi masa lapang, malah membantu anda berjimat dan memelihara alam sekitar.

 Mengapa Kita perlu Kitar semula sisa makanan???

Kita perlu mengitar semula sisa makanan adalah kerana apa yang kita makan kebanyakkannya berasal dari tanah.  Tumbuhan guna nutrient tanah untuk hidup, haiwan makan tumbuhan dan manusia makan tumbuhan dan haiwan.  Sisa makanan yang dihasilkan manusia jika dipulangkan pada tanah akan membekalkan semula nutrient kepada tumbuhan.

Dengan mengitar semula sisa makanan kita akan menghasilkan kompos, kita juga akan melengkapkan kitaran ini dimana kita akan menyediakan nutrient yang cukup baik untuk tumbuhan.  Selama ini kitaran ini tidak lengkap kerana sisa makanan kita dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang tidak sesuai untuk tanaman tumbuh.

Itulah antara sebab-sebab mengapa kita perlu mengitar semula sisa makanan.  Kenapa perlu dirumah? sebab ianya mudah dilakukan oleh angota keluarga dan yang paling penting kita juga dapat mendidik anak-anak kita betapa pentingya menjaga alam sekitar.

Nantikan update esok untuk tips-tips dan kaedah-kaedah mengitar semula sisa makanan..;p

Think Green / Fikirkan Hijau

  
10 Sebab Utama Kitar Semula
"Top 10 Reasons to Recycle"

1.  BAIK UNTUK EKONOMI / GOOD FOR THE ECONOMY
Pengeluar bergantung kepada program kitar semula untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan untuk pengeluaran baru  mereka. Mengitar semula satu botol plastic boleh menyelamatkan tenaga yang cukup untuk mentol lampu 60watt menyala selama 6 jam.

Companies rely on recycling programs to provide the raw materials they need to make new production. Recycling a single plastic bottle can conserve enough energy to light a 6O-watt light bulb for up to six hours!

 
2.  MEWUJUDKAN PELUANG PERNIAGAAN DAN PEKERJAAN / CREATES BUSINESS AND JOBS
Industri kitar semula ini banyak membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan mahupun pendatang asing.

Recycling industry offers a lot of business opportunities and jobs to Malaysian and Foreigers.


3.  MENGURANGKAN SAMPAH/REDUCES WASTE
Secara purata rakyat Malaysia membuang sampah sekurang-kurangnya 3- 5 kilo sehari dan dihantar ke tempat perlupusan sampah .

The average Malaysian discards 3 to 5 kg of garbage every day. Most of this garbage goes into to landfills, where it’s compacted and buried.

 
4.  BAIK UNTUK PERSEKITARAN/GOOD FOR THE ENVIRONMENT
Mengitar semula tidak memerlukan tenaga yang banyak, menggunakan sumber asli yang kurang dan dapat mengurangkan sampah dari bertimbun di tapak perlupusan sampah

Recycling requires far less energy, uses fewer natural resources, and keeps waste from piling up in landfillsi


5.  JIMAT TENAGA/ SAVES ENERGY
Mengitar semula menawarkan penjimatan tenaga yang ketara berbanding dengan pengeluaran produk dari bahan asal( pengeluaran tin aluminium yang dikitar semula menggunakan tenaga kurang 95%)

Recycling offers significant energy savings over manufacturing with virgin materialsi (Manufacturing with recycled aluminum cans uses 95% less energyi)

 
6.  MEMELIHARA RUANG PERLUPUSAN/ PRESERVES LANDFILL SPACE
Pencemaran toksik dari tempat perlupusan termasuk cyanide, dioxins, mercury, methane, hydrochloric acid, sulfuric acid akan mengalir keluar mencemarkan udara dan air bawah tanah.
 
Toxic pollution from landfills including cyanide, dioxins, mercury, methane, hydrochloric acid, sulfuric acid and lead escapes into the air and leaches into groundwateri


7.  MENCEGAH PEMANASAN GLOBAL/PREVENTS GLOBAL WARMING
Dalam tahun 2000, mengitar semula sisa pepejal dapat mencegah perlepasan carbon lebih kurang 32.9 juta tan metric di udara. Mengitar semula 1 tan gelas menjimatkan tenaga lebih dari 300% dan menurunkan perlepasan karbon dioksida sebanyak 3.46 ton
ln 2OOO, recycling of solid waste prevented the release of 32.9 million metric tons of carbon equivalent into the air Recycling one ton of glass results in energy savings of more than 3OO% and lowers carbon dioxide emissions by 3.46 tons


8.  MENGURANGKAN PENCEMARAN AIR DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA TOKSIK/ REDUCES WATER POLLUTION AND THE USE OF TOXIC CHEMICALS
Pembuatan barangan dari bahan kitar semuladapat mengurangkan pencemaran air jauh lebih baik berbanding pengeluaran dari bahan asli. Pembuatan produk dari bahan kitar semula yang telah diperhalusi selalunya dapat mengelakkan pengeluar dari menggunakan bahan kimia yang bertoksik.

Making goods from recycled materials generates far less water pollution than manufacturing from virgin materials Making products from already refined waste materials reduces and often avoids altogether the need for manufacturers to use toxic chemicals


9.  MENYELAMATKAN POKOK DAN MENLINDUNGI HIDUPAN LIAR/
SAVES TREES AND PROTECTS WILDLIFE
Sebahagian dari hutan telah musnah, penggunaan bahan kitar semula dapat mengurangkan kemusnahan hutan, wetlands, sungai dan tempat-tempat perlindungan hidupan liar.

Half the Earth’s forests are gone, using recycled materials reduces the need to damage forests, wetlands, rivers and other places essential to wildlife.
 
10. MEWUJUDKAN PERMINTAAN BARU/ CREATES NEW DEMAND
Kitar semula dan membeli produk kitar semula mencipta lebih banyak permintaan untuk produk kitar semula, mengurangkan sisa dan membantu ekonomi kita.

Kitar semula sahaja tidak akan berakhir kemusnahan sumber alam tetapi ini merupakan langkah penting di sepanjang jalan menuju ke dunia sifar (Zero) Emisi dan Sifar (Zero) waste, atau z-squared. A z squared-komuniti mempromosikan penggunaan berterusan serta pengedaran bahan.

Ssifar(Zero) Emisi merujuk pada pembebasan dari pengangkutan, tenaga dan pengeluaran - memilih cara alternatif bagi perjalanan, bahan bakar alternatif, pemuliharaan, kecekapan, dan sumber-sumber boleh diperbaharui, yang banyak dan melimpah serta tidak mencemarkan sumber tenaga seperti angin dan solar.

Zero waste merujuk pada pembikinan semula sistem pengeluaran dan pengambilan untuk menggunakan sumber daya lebih efisien, untuk mengelakkan buangan sebelum ia berlaku, dan untuk menggabungkan semua bahan sisa kembali ke dalam kitaran pengeluaran daripada membuang mereka sebagai sampah.

Jika setiap orang dapat menghasilkan pasangan sifar emisi dan sifar sisa buangan, kita bersama dan menyelamatkan planet kita ini.

Recycling and buying recycled products creates demand for more recycled products, decreasing waste and helping our economy.

Recycling alone will not end resource destruction but it's an important step along the road to a world of zero Emissions and zero waste, or z-squared A z-squared community promotes the sustainable and equitable use and distribution of resources.

Zero Emissions refers to emissions from transportation, energy and production - choosing alternative means of travel, alternative fuels, conservation, efficiencies, and renewable, abundant and non-polluting sources of energy like wind and solar. zero waste refers to redesigning our production and consumption systems to use resources more efficiently, to prevent waste before it happens, and to incorporate all leftover materials back into the production cycle rather than discarding them as waste.

If each one of us can pair zero Emissions and zero waste, together we can save our planet.  



Jika anda bersyukur dengan anugerah tuhan ini (bumi) kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda supaya terus menjaga pemberian tuhan yang tidak ternilai ini.

Andaian:  1 tahun 1 keluarga minum lebih kurang
300 liter soda
240 liter jus
250 liter susu
480 liter botol air

Betapa banyak botol kaca, plastik, tin dan kotak yang dijadikan sampah, kemana perginya sampah ini???

Pada pendapat anda mampukah bumi ini menampung sampah-sampah yang kita hasilkan???

Jom lah kita amalkan kitar semula untuk selamatkan Bumi Tuhan ini!!!
 



- LET's MaKe SuRe tHeY aRe ReCyCLeD!