Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Bengkel Kompos Sisa Makanan Dan Taman Bio-Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 26 Julai 2012 lalu, Biosense telah berjaya mengadakan bengkel kompos sisa makanan dan taman bio-organik. Bengkel itu telah disertai lebih kurang 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam dan swasta,guru,pelajar,badan bukan kerajaan,pengusaha hotel dan homestay serta hospital.
Berikut merupakan keratan akhbar  daripada berita Sinar Harian dan Utusan Online.


A) SInar Harian
Seremban : Orang ramai khususnya yang terlibat dalam kegiatan dalam kegiatan pertanian digalakkan menggunakan baja kompos berbanding baja kimia. 
Yang dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata penggunaan baja kompos juga  amat sesuai untuk tanaman hiasan mahupun makanan.
"Penggunaan baja kompos masih belum meluas berbanding baja kimia kerana kurangnya pengetahuan tentang kebaikan baja kompos.
"Oleh seba itu, masyarakat perlu didedahkan mengenai cara menghasilkan kompos melalui sisa makanan mereka",katanya.
Abd Halim berkata demikian semasa merasmikan penutupan bengkel kompos sisa makanan dan taman bio-organik di dewan MPS,di sini, semalam.
Hadir sama,Pengarah Perbadanan Pengurusan SIsa Pepejal dan Pembersihan Awam(PPSPPA) negeri,Mohd Azhar Abd Hamid.
Sementara itu menurutnya, bengkel tersebut merupakan program lanjutan Bank Kitar Semula yang bertujuan mendapatkan maklum balas masyarakat mengenai kitar semula dan kompos sisa makana.
"Penjagaan alam sekitar dan gaya hidup sihat merupakan aspek utama yang dititikberatkan dalam bengkel ini,"katanya.
Difahamkan , bengkel ini dianjurkan MPS Heritage Biotech dengan kerjasama MPS,PPSPPA,Soutern Waste Management sdn bhd(SWM),Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu(UMT)
Antara tetamu lain yang turut hadir termasuklah kakitangan awam dan swasta,guru,pelajar,badan bukan kerajaan,pengusaha hotel dan homestay serta hospital.

sumber : Sinar Harian (edisi  Melaka dan Negeri Sembilan), m/s 35
ahad,29 julai 2012


B) Utusan Online


Selasa, 26 Jun 2012

Guna Baja Kimia atau Baja Bio-Organik ?

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda pencinta alam sekitar? anda suka menanam pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga, sayur- sayuran ?
pastinya anda tahu pelbagai jenis sayuran dan bunga ini.





Dalam kaedah penanaman sayur-sayuran tersebut, sudah tentu kita akan menggunakan baja. Namun, kita perlu untuk memastikan sama ada kita hendak menggunakan baja bio-organik ataupun baja berasaskan bahan kimia.

TIPS SEBELUM PROSES TANAMAN (SAYURAN ATAU BUNGA)


1: Memastikan jenis tanaman (sayuran atau bunga ) yang ingin ditanam.
2: Menyediakan tempat yang bersesuaian dan peralatan seperti pasu, polibeg, biji benih, air, dan sebagainya.
3: Memastikan jenis BAJA yang ingin digunakan.
4: Memulakan proses tanaman bunga dan sayur.

KENAPA PERLU MEMILIH BAJA BIO-ORGANIK DARIPADA BAJA KIMIA?

Penggunaan baja begitu memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan tanaman.
Fungsi baja yang pelbagai memainkan peranan kepada tumbuhan. oleh itu, pengguna perlu lebih bijak  memilih jenis baja yang ingin digunakan.
berikut merupakan perbezaan antara penggunaan baja kimia dan baja bio-organik


Kesimpulannya, ayuh kita mulakan amalan menggunakan baja bio-organik untuk kesihatan yang berpanjangan. inshaAllah.

selamat mencuba :)

Selasa, 21 Februari 2012

BioSense: Taman Dapur

Apakah yang dimaksudkan dengan taman dapur?

Secara ringkasnya taman dapur atau ‘edible garden’ ini bermaksud taman yang mana tumbuh-tumbuhannya boleh dimakan.

Hal ini bermaksud, taman dapur ini mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman dan juga rempah-ratus untuk keperluan masakan. Sebagai contoh, sayur kobis, serai, pokok kari, pokok limau nipis, kunyit dan juga daun sup.

Pokok buahan dan pokok hiasan seperti pokok Marigold boleh juga ditanam bersama.

Membina taman dapur.

Ruang taman yang ingin dibina bergantung dengan keluasan halaman rumah anda. Sekiranya ruang halaman terhad, adalah  memadai anda menanam tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan seperti bawang, cili, kesum dan daun sup. Anda juga digalakkan untuk mengguna pasu atau tin kosong yang pelbagai jenis bentuk untuk memanfaatkan ruang taman anda seperti gambar dibawah.




Menarik bukan?^^
                                                                
                                                         

Penjagaan taman dapur.

Bagi menyuburkan tanaman anda, baja organik adalah pilihan yang tepat kerana ia tidak menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Anda juga boleh meggunakan kompos yang dibuat sendiri seperti yang ditunjukkan oleh entry kami sebelum ini. (Rujukan:http://mybiosense.blogspot.com/2011/02/bagaimana-untuk-mengitar-semula-sisa.html)

Racun serangga yang berasaskan bahan organik perlu digunakan untuk mengawal serangan serangga dan penyakit.

Kebaikan membina taman dapur.

  • ·         Membekalkan sayur-sayuran yang sihat, segar dan terkawal kualitinya
  • ·         Menjimatkan kos perbelanjaan bahan dapur
  • ·         Sebagai aktiviti mengisi masa lapang di rumah
  • ·         Mencantikkan lanskap kediaman anda
  • ·         Boleh dimanfaatkan sebagai ruangan istirehat dan santai bersama keluarga
  • ·         Memberi kepuasan!


Contoh taman dapur




                                    Selamat Mencuba!!!