Pengikut

Selasa, 21 Februari 2012

BioSense: Taman Dapur

Apakah yang dimaksudkan dengan taman dapur?

Secara ringkasnya taman dapur atau ‘edible garden’ ini bermaksud taman yang mana tumbuh-tumbuhannya boleh dimakan.

Hal ini bermaksud, taman dapur ini mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman dan juga rempah-ratus untuk keperluan masakan. Sebagai contoh, sayur kobis, serai, pokok kari, pokok limau nipis, kunyit dan juga daun sup.

Pokok buahan dan pokok hiasan seperti pokok Marigold boleh juga ditanam bersama.

Membina taman dapur.

Ruang taman yang ingin dibina bergantung dengan keluasan halaman rumah anda. Sekiranya ruang halaman terhad, adalah  memadai anda menanam tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan seperti bawang, cili, kesum dan daun sup. Anda juga digalakkan untuk mengguna pasu atau tin kosong yang pelbagai jenis bentuk untuk memanfaatkan ruang taman anda seperti gambar dibawah.




Menarik bukan?^^
                                                                
                                                         

Penjagaan taman dapur.

Bagi menyuburkan tanaman anda, baja organik adalah pilihan yang tepat kerana ia tidak menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Anda juga boleh meggunakan kompos yang dibuat sendiri seperti yang ditunjukkan oleh entry kami sebelum ini. (Rujukan:http://mybiosense.blogspot.com/2011/02/bagaimana-untuk-mengitar-semula-sisa.html)

Racun serangga yang berasaskan bahan organik perlu digunakan untuk mengawal serangan serangga dan penyakit.

Kebaikan membina taman dapur.

  • ·         Membekalkan sayur-sayuran yang sihat, segar dan terkawal kualitinya
  • ·         Menjimatkan kos perbelanjaan bahan dapur
  • ·         Sebagai aktiviti mengisi masa lapang di rumah
  • ·         Mencantikkan lanskap kediaman anda
  • ·         Boleh dimanfaatkan sebagai ruangan istirehat dan santai bersama keluarga
  • ·         Memberi kepuasan!


Contoh taman dapur




                                    Selamat Mencuba!!!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan