Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

Bagaimana untuk mengitar semula sisa makanan anda???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan berkongsi maklumat bagaimana cara untuk mengitar semula sisa makanan ini dirumah, bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah untuk mengitar semula sisa makanan adalah seperti di bawah:

 (Gambar : BioCatalyst dan BioKitchen Container)

 (Gambar sisa makanan...jangan buang ia boleh dikitar semula :p)

 
KAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

BAHAN /RADAS:
BIOKITCHEN CONTAINER, BIOCATALYST, Sisa Makanan

KAEDAH:

1. Kecilkan saiz sisa makanan untuk memudahkan proses fermentasi.
2. Taburkan BIOCATALYST pada dasar BIOKITCHEN CONTAINER.
3. Masukkan sisa-sisa makanan dan taburkan BIOCATALYST lapisan demi lapisan. (1 kg sisa makanan memerlukan 100 g BIOCATALYST)
4. Tekan campuran sisa buangan dengan pemadat untuk membuang udara.
5. Ulang kaedah 3 dan 4 sehingga penuh dan pastikan BIOKITCHEN CONTAINER sentiasa    ditutup.
6. Setelah penuh, biarkan selama 7 hari untuk proses fementasi sepenuhnya.
7. Cecair bewarna perang akan terhasil dan boleh dikeluarkan pada hari ke 8.
8. Pada hari ke 8, sisa pepejal telah sedia menjadi kompos.

PERHATIAN:
Proses fermentasi yang sempurna akan menghasilkan bau masam manis.

   
Gambar di bawah ini menunjukkan kaedah secara ringkas untuk mengitar semula sisa makanan harian anda...:p




(Hasil : Sisa Pepejal & Cecair)

1) Sisa Pepejal
Sisa Pepejal boleh digunakan sebagai baja Kompos untuk tanaman sayuran dan tanaman hiasan.

2) Cecair
Disembur pada beberapa kawasan yang sesuai untuk kediaman:
  • Tangki septik
  •  Longkang yang berbau
  • Sinki / tandas yang tersumbat
  • Timbunan sampah

FAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

· Kos yang rendah dan jimat
· Menjana kehidupan sihat
· Mudah dilakukan dan menjimatkan masa
· Menanam pokok dan menghasilkan baja buatan sendiri
· Mengurangkan sisa buangan terkumpul.
· Mengurangkan pencemaran bau
· Selamat kepada manusia, haiwan dan hidupan.
· Memulihara ekosistem secara semulajadi.
· Mengurangkan penggunaan kawasan untuk pelupusan sampah



10 ulasan:

  1. Macamana nak beli biocatalyst n biokitchen tu?

    BalasPadam
  2. Saya pun nk tau mcmna nk dptkn biocatalyst?

    Terimakasih.

    BalasPadam
  3. Saya pun nk tau mcmna nk dptkn biocatalyst?

    Terimakasih.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum puan maaf sy juga tercari2 dimana sy boleh dapatkan biocatalist..harap puan dpt membantu

    BalasPadam
  5. assalamualaikum puan maaf sy juga tercari2 dimana sy boleh dapatkan biocatalist..harap puan dpt membantu

    BalasPadam
  6. assalamualaikum puan maaf sy juga tercari2 dimana sy boleh dapatkan biocatalist..harap puan dpt membantu

    BalasPadam
  7. assalamualaikum puan maaf sy juga tercari2 dimana sy boleh dapatkan biocatalist..harap puan dpt membantu

    BalasPadam
  8. assalamualaikum puan maaf sy juga tercari2 dimana sy boleh dapatkan biocatalist..harap puan dpt membantu

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. .boleh bgtau di mana nk beli bio catalist ni...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum
    Dimana saya nak dptkan biocatylist.

    BalasPadam