Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

Kitar Semula Sisa Makanan Anda Di Rumah...






Kitar semula sisa makanan dirumah boleh dilakukan kerana 45% daripada sampah sarap yang kita hasilkan adalah terdiri dari sisa makanan.

Makan adalah subjek utama rakyat negara ini ia dimulakan dengan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan ada juga makan larut malam atau ‘supper’.  Tidak kira apa juga agenda, mesti ada makanan terhidang; mesyuarat, majlis pertemuan dan perpisahan, perjumpaan untuk bisnes, perkahwinan, perayaan dan lain-lain.  
 
Berapa banyak makanan yang kita makan setiap hari dan berapa banyak pula sisa makanan yang kita buang dalam tong sampah? Persoalan ini jarang kita fikirkan.  Sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah tadi akan dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan.  Jumlah sisa makanan yang banyak telah menyebabkan tapak pelupusan cepat penuh dan berbau busuk.  Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuka tapak pelupusan baru dan ini menelan belanja yang besar.

Secara kasarnya, sampah dihasilkan dan perlu dilupuskan.  Masyarakat menganggap dengan membuang sampah yang dihasilkan ke dalam tong sampah, mereka telah menyelesaikan masalah alam sekitar.  Ini ternyata tidak benar kerana sampah tadi terus wujud di tapak pelupusan sampah dan menjadi punca kepada pelbagai masalah alam sekitar yang lain.

Proses kitar semula sisa makanan ini lebih dikenali sebagai Kitchen Composting dimana sisa makanan akan diproses menjadi kompos.  Sisa makanan seperti lebihan nasi lemak, kulit pisang, sayur-sayuran dan sebagainya boleh dikitar semula dari rumah. 

Kitchen Composting bukan sahaja membantu mengurangkan beban tapak pelupusan malah membantu menyuburkan tanah melalui kompos yang dihasilkan.  Bagi mereka yang memilih berkebun sebagai hobi, tidak kira berkebun bunga ataupun sayuran, kompos yang dihasilkan dari sisa makanan tadi boleh digunakan sebagai baja organik atau soil conditioner untuk tanaman mereka.  Dengan Kitchen Composting, hobi anda kini bukan sekadar mengisi masa lapang, malah membantu anda berjimat dan memelihara alam sekitar.

 Mengapa Kita perlu Kitar semula sisa makanan???

Kita perlu mengitar semula sisa makanan adalah kerana apa yang kita makan kebanyakkannya berasal dari tanah.  Tumbuhan guna nutrient tanah untuk hidup, haiwan makan tumbuhan dan manusia makan tumbuhan dan haiwan.  Sisa makanan yang dihasilkan manusia jika dipulangkan pada tanah akan membekalkan semula nutrient kepada tumbuhan.

Dengan mengitar semula sisa makanan kita akan menghasilkan kompos, kita juga akan melengkapkan kitaran ini dimana kita akan menyediakan nutrient yang cukup baik untuk tumbuhan.  Selama ini kitaran ini tidak lengkap kerana sisa makanan kita dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang tidak sesuai untuk tanaman tumbuh.

Itulah antara sebab-sebab mengapa kita perlu mengitar semula sisa makanan.  Kenapa perlu dirumah? sebab ianya mudah dilakukan oleh angota keluarga dan yang paling penting kita juga dapat mendidik anak-anak kita betapa pentingya menjaga alam sekitar.

Nantikan update esok untuk tips-tips dan kaedah-kaedah mengitar semula sisa makanan..;p

1 ulasan: