Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Bengkel Kompos Sisa Makanan Dan Taman Bio-Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 26 Julai 2012 lalu, Biosense telah berjaya mengadakan bengkel kompos sisa makanan dan taman bio-organik. Bengkel itu telah disertai lebih kurang 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam dan swasta,guru,pelajar,badan bukan kerajaan,pengusaha hotel dan homestay serta hospital.
Berikut merupakan keratan akhbar  daripada berita Sinar Harian dan Utusan Online.


A) SInar Harian
Seremban : Orang ramai khususnya yang terlibat dalam kegiatan dalam kegiatan pertanian digalakkan menggunakan baja kompos berbanding baja kimia. 
Yang dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata penggunaan baja kompos juga  amat sesuai untuk tanaman hiasan mahupun makanan.
"Penggunaan baja kompos masih belum meluas berbanding baja kimia kerana kurangnya pengetahuan tentang kebaikan baja kompos.
"Oleh seba itu, masyarakat perlu didedahkan mengenai cara menghasilkan kompos melalui sisa makanan mereka",katanya.
Abd Halim berkata demikian semasa merasmikan penutupan bengkel kompos sisa makanan dan taman bio-organik di dewan MPS,di sini, semalam.
Hadir sama,Pengarah Perbadanan Pengurusan SIsa Pepejal dan Pembersihan Awam(PPSPPA) negeri,Mohd Azhar Abd Hamid.
Sementara itu menurutnya, bengkel tersebut merupakan program lanjutan Bank Kitar Semula yang bertujuan mendapatkan maklum balas masyarakat mengenai kitar semula dan kompos sisa makana.
"Penjagaan alam sekitar dan gaya hidup sihat merupakan aspek utama yang dititikberatkan dalam bengkel ini,"katanya.
Difahamkan , bengkel ini dianjurkan MPS Heritage Biotech dengan kerjasama MPS,PPSPPA,Soutern Waste Management sdn bhd(SWM),Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu(UMT)
Antara tetamu lain yang turut hadir termasuklah kakitangan awam dan swasta,guru,pelajar,badan bukan kerajaan,pengusaha hotel dan homestay serta hospital.

sumber : Sinar Harian (edisi  Melaka dan Negeri Sembilan), m/s 35
ahad,29 julai 2012


B) Utusan Online


Selasa, 26 Jun 2012

Guna Baja Kimia atau Baja Bio-Organik ?

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda pencinta alam sekitar? anda suka menanam pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga, sayur- sayuran ?
pastinya anda tahu pelbagai jenis sayuran dan bunga ini.





Dalam kaedah penanaman sayur-sayuran tersebut, sudah tentu kita akan menggunakan baja. Namun, kita perlu untuk memastikan sama ada kita hendak menggunakan baja bio-organik ataupun baja berasaskan bahan kimia.

TIPS SEBELUM PROSES TANAMAN (SAYURAN ATAU BUNGA)


1: Memastikan jenis tanaman (sayuran atau bunga ) yang ingin ditanam.
2: Menyediakan tempat yang bersesuaian dan peralatan seperti pasu, polibeg, biji benih, air, dan sebagainya.
3: Memastikan jenis BAJA yang ingin digunakan.
4: Memulakan proses tanaman bunga dan sayur.

KENAPA PERLU MEMILIH BAJA BIO-ORGANIK DARIPADA BAJA KIMIA?

Penggunaan baja begitu memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan tanaman.
Fungsi baja yang pelbagai memainkan peranan kepada tumbuhan. oleh itu, pengguna perlu lebih bijak  memilih jenis baja yang ingin digunakan.
berikut merupakan perbezaan antara penggunaan baja kimia dan baja bio-organik


Kesimpulannya, ayuh kita mulakan amalan menggunakan baja bio-organik untuk kesihatan yang berpanjangan. inshaAllah.

selamat mencuba :)

Selasa, 21 Februari 2012

BioSense: Taman Dapur

Apakah yang dimaksudkan dengan taman dapur?

Secara ringkasnya taman dapur atau ‘edible garden’ ini bermaksud taman yang mana tumbuh-tumbuhannya boleh dimakan.

Hal ini bermaksud, taman dapur ini mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman dan juga rempah-ratus untuk keperluan masakan. Sebagai contoh, sayur kobis, serai, pokok kari, pokok limau nipis, kunyit dan juga daun sup.

Pokok buahan dan pokok hiasan seperti pokok Marigold boleh juga ditanam bersama.

Membina taman dapur.

Ruang taman yang ingin dibina bergantung dengan keluasan halaman rumah anda. Sekiranya ruang halaman terhad, adalah  memadai anda menanam tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan seperti bawang, cili, kesum dan daun sup. Anda juga digalakkan untuk mengguna pasu atau tin kosong yang pelbagai jenis bentuk untuk memanfaatkan ruang taman anda seperti gambar dibawah.




Menarik bukan?^^
                                                                
                                                         

Penjagaan taman dapur.

Bagi menyuburkan tanaman anda, baja organik adalah pilihan yang tepat kerana ia tidak menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Anda juga boleh meggunakan kompos yang dibuat sendiri seperti yang ditunjukkan oleh entry kami sebelum ini. (Rujukan:http://mybiosense.blogspot.com/2011/02/bagaimana-untuk-mengitar-semula-sisa.html)

Racun serangga yang berasaskan bahan organik perlu digunakan untuk mengawal serangan serangga dan penyakit.

Kebaikan membina taman dapur.

  • ·         Membekalkan sayur-sayuran yang sihat, segar dan terkawal kualitinya
  • ·         Menjimatkan kos perbelanjaan bahan dapur
  • ·         Sebagai aktiviti mengisi masa lapang di rumah
  • ·         Mencantikkan lanskap kediaman anda
  • ·         Boleh dimanfaatkan sebagai ruangan istirehat dan santai bersama keluarga
  • ·         Memberi kepuasan!


Contoh taman dapur




                                    Selamat Mencuba!!!








Isnin, 7 Mac 2011

BIOCOMPOST & ORGANIC HOME GARDENING

RAHSIA KEJAYAAN – TIPS DAN NASIHAT

Bermula dengan menentukan apa keperluan anda berkenaan makanan segar,sihat, jimat dan selamat. Ini termasuk sayur berdaun, sayur berbuah, rempah ratus dan herba.


Lihat gambar-gambar ini...





Saya ingin berkongsi kaedah `organic home gardening’ supaya impian anda menjadi kenyataan. Maka jadikan ia sebagai satu `lifestyle’ di mana anda mendapat kepuasan dari segi kesihatan dan mengurangkan perbelanjaan dapur. Ini akan membuatkan anda berminat dan berazam untuk membuat Kebun Dapur bersungguh-sungguh.

Contoh: Keperluan anda untuk menanam cili, tomato, bayam, terung, halia, kunyit dan pandan.



(tips kejayaan – sebagai permulaan tanam 2 atau 3 jenis pokok dahulu, apabila sudah tumbuh anda akan rasa kemanisan usaha anda dan teruskan menanam beberapa jenis pokok lain pula.   Ini akan membuatkan anda bersemangat untuk meneruskan KEBUN DAPUR anda)
 
 Pertama
Pastikan saiz kawasan yang mencukupi dan jumlah pokok yang hendak ditanam. Pokok boleh ditanam atas tanah, pasu atau polibeg sahaja.

Kedua

Dapatkan anak benih yang baik untuk ditanam atau anak pokok yang telah hidup bagi memastikan anda tidak kecewa di peringkat pembenihan. (Anda boleh belajar menanam pokok dari benih apabila sudah biasa/serasi dengan kerja-kerja menanam)

Ketiga

Pastikan anda menggunakan baja dan kawalan serangga yang selamat pada diri anda dan tiada pencemaran persekitaran. Maka gunakan bahan yang bebas kimia.

Sebaiknya anda gunakan kompos buatan anda sendiri. (Kami boleh mengajar dengan percuma)


Aplikasi kan baja dan kawalan serangga seperti yang disyorkan.


Keempat

Tuai dan nikmati hasil tanaman anda tanpa belanja yang banyak.
 
 
Selamat mencuba!!!!
 
 
 Mari kita ambil perhatian tentang kenyataan ini....
 
KEEPING AN EYE ON FOOD!!! – We are paying serious attention to reports from global food agencies and economists that there will be a FOOD SHORTAGE on global scale.

........ climate change, global warming, higher world oil prices and a growing global population as factors impacting food sources and prices.

--- Deputy Prime Minister, Sunday STAR 6 March 2011

 Apa kita nak buat??? Anda dalam kategori mana?
i.        Tunggu dan lihat apa akan berlaku
ii.      Buat sesuatu sekarang juga.... JOM!!!
iii.    Ajak rakan-rakan, jiran dan keluarga mula buat KEBUN DAPUR sendiri


Kalau tak tau cara tanya lah BIOSENSE ada caranya....

  Berminat boleh datang belajar secara percuma. Hanya emailkan detail berikut:

Nama   :
Alamat:
Tel/HP:
Tarikh  : (tarikh yang ingin datang belajar dari 12 hingga 18 Mac 2011)

ke info@biosense.com.my atau hubungi 06 7610934 (Ayu)...
 
Mari belajar buat kebun sendiri secara PERCUMA!!!
 

Selasa, 22 Februari 2011

Bagaimana untuk mengitar semula sisa makanan anda???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan berkongsi maklumat bagaimana cara untuk mengitar semula sisa makanan ini dirumah, bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah untuk mengitar semula sisa makanan adalah seperti di bawah:

 (Gambar : BioCatalyst dan BioKitchen Container)

 (Gambar sisa makanan...jangan buang ia boleh dikitar semula :p)

 
KAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

BAHAN /RADAS:
BIOKITCHEN CONTAINER, BIOCATALYST, Sisa Makanan

KAEDAH:

1. Kecilkan saiz sisa makanan untuk memudahkan proses fermentasi.
2. Taburkan BIOCATALYST pada dasar BIOKITCHEN CONTAINER.
3. Masukkan sisa-sisa makanan dan taburkan BIOCATALYST lapisan demi lapisan. (1 kg sisa makanan memerlukan 100 g BIOCATALYST)
4. Tekan campuran sisa buangan dengan pemadat untuk membuang udara.
5. Ulang kaedah 3 dan 4 sehingga penuh dan pastikan BIOKITCHEN CONTAINER sentiasa    ditutup.
6. Setelah penuh, biarkan selama 7 hari untuk proses fementasi sepenuhnya.
7. Cecair bewarna perang akan terhasil dan boleh dikeluarkan pada hari ke 8.
8. Pada hari ke 8, sisa pepejal telah sedia menjadi kompos.

PERHATIAN:
Proses fermentasi yang sempurna akan menghasilkan bau masam manis.

   
Gambar di bawah ini menunjukkan kaedah secara ringkas untuk mengitar semula sisa makanan harian anda...:p




(Hasil : Sisa Pepejal & Cecair)

1) Sisa Pepejal
Sisa Pepejal boleh digunakan sebagai baja Kompos untuk tanaman sayuran dan tanaman hiasan.

2) Cecair
Disembur pada beberapa kawasan yang sesuai untuk kediaman:
  • Tangki septik
  •  Longkang yang berbau
  • Sinki / tandas yang tersumbat
  • Timbunan sampah

FAEDAH PENGKOMPOSAN SISA DAPUR

· Kos yang rendah dan jimat
· Menjana kehidupan sihat
· Mudah dilakukan dan menjimatkan masa
· Menanam pokok dan menghasilkan baja buatan sendiri
· Mengurangkan sisa buangan terkumpul.
· Mengurangkan pencemaran bau
· Selamat kepada manusia, haiwan dan hidupan.
· Memulihara ekosistem secara semulajadi.
· Mengurangkan penggunaan kawasan untuk pelupusan sampah



Khamis, 17 Februari 2011

NAK KOMPOS ATAU TAK NAK???


 
Persoalan in perlu difikirkan oleh penghuni rumah. Bagaimana anda boleh menjadi lebih bertanggungjawab mengenai bahan yang dihantar ke tempat pelupusan dari kediaman anda.

MyBioSense adalah tempat mencari kaedah, fakta dan bagaimana penghuni rumah untuk membuat kompos. Beberapa maklumat boleh dikumpulkan untuk anda membiasakan diri dengan proses membuat kompos, dimana anda boleh mengurangkan sisa dan menemui `black gold’- bahan yang sangat bagus untuk pencinta kebun.

Jika anda berpengalaman membuat kompos, anggaplah MyBiosense ini tempat berkongsi pengalaman kaedah membuat kompos dengan baik.


To Compost or Not to Compost
 
That is the question every householder should think about. How can you be more responsible about the materials that go to the landfill from your residence?

 This is the place to find methods, facts and how to's on household composting. A collection of pages to get you started or familiarize yourself with the process, so you can reduce your waste and discover the "black gold" of the gardener's arsenal.

 If you are an experienced compost maker consider sharing your experiences and make a fun lens telling us about your know how on composting.

Selasa, 1 Februari 2011

Kitar Semula Sisa Makanan Anda Di Rumah...






Kitar semula sisa makanan dirumah boleh dilakukan kerana 45% daripada sampah sarap yang kita hasilkan adalah terdiri dari sisa makanan.

Makan adalah subjek utama rakyat negara ini ia dimulakan dengan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan ada juga makan larut malam atau ‘supper’.  Tidak kira apa juga agenda, mesti ada makanan terhidang; mesyuarat, majlis pertemuan dan perpisahan, perjumpaan untuk bisnes, perkahwinan, perayaan dan lain-lain.  
 
Berapa banyak makanan yang kita makan setiap hari dan berapa banyak pula sisa makanan yang kita buang dalam tong sampah? Persoalan ini jarang kita fikirkan.  Sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah tadi akan dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan.  Jumlah sisa makanan yang banyak telah menyebabkan tapak pelupusan cepat penuh dan berbau busuk.  Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuka tapak pelupusan baru dan ini menelan belanja yang besar.

Secara kasarnya, sampah dihasilkan dan perlu dilupuskan.  Masyarakat menganggap dengan membuang sampah yang dihasilkan ke dalam tong sampah, mereka telah menyelesaikan masalah alam sekitar.  Ini ternyata tidak benar kerana sampah tadi terus wujud di tapak pelupusan sampah dan menjadi punca kepada pelbagai masalah alam sekitar yang lain.

Proses kitar semula sisa makanan ini lebih dikenali sebagai Kitchen Composting dimana sisa makanan akan diproses menjadi kompos.  Sisa makanan seperti lebihan nasi lemak, kulit pisang, sayur-sayuran dan sebagainya boleh dikitar semula dari rumah. 

Kitchen Composting bukan sahaja membantu mengurangkan beban tapak pelupusan malah membantu menyuburkan tanah melalui kompos yang dihasilkan.  Bagi mereka yang memilih berkebun sebagai hobi, tidak kira berkebun bunga ataupun sayuran, kompos yang dihasilkan dari sisa makanan tadi boleh digunakan sebagai baja organik atau soil conditioner untuk tanaman mereka.  Dengan Kitchen Composting, hobi anda kini bukan sekadar mengisi masa lapang, malah membantu anda berjimat dan memelihara alam sekitar.

 Mengapa Kita perlu Kitar semula sisa makanan???

Kita perlu mengitar semula sisa makanan adalah kerana apa yang kita makan kebanyakkannya berasal dari tanah.  Tumbuhan guna nutrient tanah untuk hidup, haiwan makan tumbuhan dan manusia makan tumbuhan dan haiwan.  Sisa makanan yang dihasilkan manusia jika dipulangkan pada tanah akan membekalkan semula nutrient kepada tumbuhan.

Dengan mengitar semula sisa makanan kita akan menghasilkan kompos, kita juga akan melengkapkan kitaran ini dimana kita akan menyediakan nutrient yang cukup baik untuk tumbuhan.  Selama ini kitaran ini tidak lengkap kerana sisa makanan kita dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang tidak sesuai untuk tanaman tumbuh.

Itulah antara sebab-sebab mengapa kita perlu mengitar semula sisa makanan.  Kenapa perlu dirumah? sebab ianya mudah dilakukan oleh angota keluarga dan yang paling penting kita juga dapat mendidik anak-anak kita betapa pentingya menjaga alam sekitar.

Nantikan update esok untuk tips-tips dan kaedah-kaedah mengitar semula sisa makanan..;p